Details
Petronas Gear MEP 460
Petronas Gear Oil MEP 460 adalah minyak gear berprestasi tinggi yang dihasilkan oleh Petronas Lubricants International. Ia direka khas untuk digunakan dalam pelbagai aplikasi industri, termasuk sistem gear berat dan peralatan.
Difomulasikan dengan minyak asas mineral terpilih yang berkualiti tinggi, diperkaya dengan aditif tekanan ekstrem, anti-haus, anti-oksidan, anti-karat dan anti-buih, minyak PETRONAS Gear MEP memberikan perlindungan tekanan ekstrem dan anti-haus yang sangat baik, operasi gear yang lancar, serta prestasi yang tahan lebih lama sehingga 1.5 kali ganda*.
Aplikasi:
- Pelbagai jenis gear industri tertutup (gear lurus/heliks/bias/planetari) dengan sistem pelinciran sirkulasi atau percikan yang beroperasi pada suhu minyak pukal sehingga 110°C.
- Gear yang dikenakan beban berat.
- Gear yang sensitif terhadap pembentukan lumpur.
- Aplikasi bukan gear termasuk sambungan aci dan galas licin yang dibebani berat dan beroperasi pada kelajuan rendah.
View more about MINYAK GEAR PETRONAS MEP 460 (209L/Drum) on main site